Thursday 18 August 2016

K-Drama Review - Doctors

hai, hai, hai,
baru-baru ni CP mula addict dengan K-Drama, sebenarnya CP accidentally tertengok trailer drama-drama tersebut kat FB, kan sekarang ni video kat FB tu auto play kan...
tanpa cerita panjang, ada sedikit review tentang K-Drama yang CP tengah tengok sekarang...
the 1st....
Doctors


Lead Actor untuk drama ni

~Kim Rae Won
~Park Shin Hye

Kim Rae Won

sejujurnya, CP tak kenal siapa Kim Rae Won, sebab selalunya CP tengok K-Drama ni sekadar tengok and tak ambik tau pun nama pelakonnya, so kalau orang tanya, siapa pelakonnya? selalunya CP tak dapat jawab....hahaha...

1st impression CP untuk lead actor (Kim Rae Won) ni ialah....

Laaaa....awat hero dia tua.......lepas tu adik CP cakap...

"Kakyong, nila pelakon 'Love Story in Harvard'"

awww...CP masih tak dapat ingat siapa Kim Rae Won, tapi CP tau, cerita 'Love Story in Harvard'
ni cerita favourite CP waktu tu....

gigih la CP google...Kim Rae Won rupanya nama dia, seriously, dia nampak different sangat, sebab tua mungkin, tapi makin lama CP tengok, CP makin melt dengan watak yang dibawakan oleh Kim Rae Won (Doctor Hong Ji Hong)

masa dulu ni, memang Kim Rae Won ni handsome gilossss, hahaha....sekarang macam...emmm...boleh laaaa....

dia ni jugak lead actor 'My Little Bride'

panjang pulak CP cerita pasal Kim Rae Won...

Park Shin Hye

Pasal lead Actress dia lak, Park Shin Hye, no doubt, CP memang minat dia ni, cantik and muka dia unik, lain dari yang lain lah, kan selalunya artis Korea ni nampak muka nak lebih kurang je...

apa yang CP kagum dengan Park Shin Hye dalam cerita 'Doctors' ni, dia kaki gangster oooo, ada scene gaduh-gaduh dalam cerita ni tak guna stuntman pun, semua Park Shin Hye ni buat sendiri, CP bukan cakap kosong sebab CP tengok the making dia...

memang berbakat actress Park Shin Hye ni, boleh berlakon, menyanyi, martial art....

Park Shin Hye ni tayah cerita banyak pasal dia, rasanya dia ni memang well-known actress sekarang ni, memang famous dia ni...

famous dengan well-mannered dia jugak...

ada lagi 2 lead actor, tapi CP tanak komen pasal dorang, hahaha...

CP nak cerita serba sedikit tentang scene-scene dia, macam biasa, K-Drama kan, tak lari dari scene-scene romantis cintan cintun ni, tapi apa yang CP nak highlight kan kat sini is scene-scene pembedahan...konflik-konflik yang berlaku dalam bidang kedoktoran...

ini adalah antara faktor-faktor CP tertarik dengan cerita 'Doctors' scene-scene rare yang CP mention dekat atas,

scene-scene bedah misalnya, memang dia tunjuk part-part bedah tu tapi mintak maaflah, CP ni ngeri sikit bab-bab bedah ni jadi CP skip, kalau tak skip pun CP alih padangan......

malah, dia selitkan jugak scene-scene konflik-konflik politik dalam bidang kedoktoran...ibarat macam bukak mata CP...woooo....macam ni rupanya yang berlaku dalam hospital ni, hahaha...

tiba-tiba terdetik, bestnya jadi doktor ni....

tapi mintak maaflah....boleh cakap je, CP nak jadi doktor memang tak lah...haha, tak berani...

okaylah, sampai sini je review CP, nak rate sikit, CP rate 4/5 bintang la untuk K-Drama ni...highly recommended bagi sesiapa yang tengah mencari-cari K-Drama untuk di tonton...cerita ni sedang ongoing....sekarang dah episode 17 or 18 macam tu...

untuk next K-drama yang CP minat, untuk next entry pulak sebabnya terpanjang lak entry ni...ingat nak review sikit je....




0 komen budak kiut !: